SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

24.3.09

~tazkirah pagi...~(syukur lah..)


bismillahir rahmanir rahim.. .
alhamdulillah setelah byk halangan akhirnye dpt jgak aku menaip pd hari ni..
td pg sempat aku mendengar tazkirah di kelantan fm sambil2 menunggu jam di tangan..argh..belum jam 930 lagi..kuliah stat kul 10...hurm...hihi

aku sempat dengar skit je tazkirah..pasal kisah nabi junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. pada usia remajanya..ramai golongan arab uraisy perasan akan kenabian baginda s.a.w sehinggalah salah seorang drpd mereka pergi kpd baginda n meminta izin utk melihat tanda di belakang baginda s.a.w..Pd mase tersebut,Rasulullah tinggal bersame bapa saudara baginda s.a.w iaitu Abi Talib..Ternyata tanda kenabian tersebut ade pade Rasulullah lalu sahabat itu menasihati Abu Talib supaya tdk membiarkan Nabi s.a.w dilihat oleh kaum Yahudi kerna pasti mereka akn membunuh baginda..krn mereka merasakan Rasul terakhir adalah dr kaum mereka..bukan dr kaum arab Quraisy.
setelah itu,Abu Talib menjaga Rasulullah s.a.w, dengan penuh kasih sayang,melebihi kasih nya terhdp anaknya sendiri...
namun sayangnye,,beliau tdk diberi hidayah utk memeluk agama suci ini..masih berpegang teguh dgn ajaran nenek moyang..sehinggalah wafatnya beliau..(isk..isk..) semasa Abi Talib sedang tenat, Rasulullah sedaya upaya mengajarkan kalimah syahadah namun Abu Talib still bertegas dgn ajaran yg dipegang..lalu pegangannya diperteguhkan lagi apabila Abu Jahal dtg dengan menghasut beliau..kate Abu Jahal..'tdk malukah kamu wahai Abi Talib jika kamu menjadi pengikut anak saudaramu yg xbetol nih?sedangkan kamu adalah pembesar di sini..tdk abi talib!!..pedulikan Muhammad..' lalu...tanpa sempat mengucap 2 kalimah syahadah,Abi Talib meninggal di hadapan Rasulullah s.a.w..
RAsulullah s.a.w menangis sepuas-puasnya kerana kesal mengenangkan bp saudara baginda yg terlalu baik n menjaga baginda s.a.w semasa hayatnya...
sehinggalah turun ayat Allah mengingatkan baginda s.a.w..(lebey kurang mcm ni lah) "Allah jualah yg memegang hati2 manusia.Dia lah yg berhak memberikan hidayah n mencabutnya kembali..."......

so, moralnya disini..sepatutnya aku yg diberi nikmat Islam pd hari ini haruslah sentiasa bersyukur di atas kurniaan nikmat Islam n iman...hanya org yg terpilih sahaja diberikan nikmat serta hidayah olehNya...subhanallah..jd?apakah lagi nikmat Allah yg engkau dustakan??

syukurlah...