SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

20.4.09

risalah minggu ini

salam..alhamdulillah..
mcm bese,jenuh aku pk ape nk wat utk risalah dis wik..ingtkan nk wat risalah psl mknn haram..tetibe pk mcmn ye?betul ke x bnde ni?
alu..terhasillah kerje niii...alhamdulillah

KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH…~
"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda - kekuasaan Allah - bagi orang-orang yang suka berfikir.
"Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka."
(ali-lmran: 190-191)

Bolehkah Ikan Terbang?
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti
burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama
dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar
56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini
dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan
mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya
keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.
.
Belalai Gajah
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di dalam mulut
gajah.Belalai ini yang dapat digunakan berbagai
cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet
atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter
(7 pain) air untuk minuman atau mandian. Mungkin
inilah pertama kali kamu mendengar tentang
kehebatan sifat-sifat makhluk ini.
Mereka sangat hebat, bukan? Ini
hanyalah sebahagian daripada makhluk-
makhluk menakjubkan
di bumi. Terdapat beribu-ribu
haiwan di bumi ini yang kamu
belum pernah lihat atau dengar
mengenainya. Adakah semua
haiwan ini memperolehi
keistimewaan-keistimewaan
ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah
yang telah menjadikan mereka bersama
semua sifat-sifat istimewa dan unik ini.