SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

20.5.09

SALAM TAKZIAH BUAT MIRAH N FAMILY~


"setiap yg bernyawa pasti merasai mati"..
salam takziah buat mirah sekeluarga.
baru sebentar td aku mendpt berita pemergian kakak kpd kawan baik aku,mirah ahmed daniel.sebelum ini kakaknye telah koma selama lebih 2minggu akibat kemalangan jalanraya..aku turut bersedih atas pemergian kakak mirah,namun sebagai manusia biasa siapalah kite utk melawan takdir?kite sendiri tdk pasti dimana n bile bercerainya nyawa dr jasad kite..yaAllah..tempatkanlah beliau bersama2 dengan org yg kau cintai n semoga rohnya dicucuri rahmat.insyaAllah..

mungkin semua ini satu muhasabah buat diri kite yg masih hidup,yg masih diberikan nafas utk meneruskan kehidupan di dunia pinjaman ini,yg dikurniakan nikmat iman n islam sehingga ke saat ini..Allah...syukur pdMu Ya Tuhan..

p/s buat mirah sekeluarga,
semoga kalian kuat utk menghadapi semua ini..