Bismillahirrahmanirrahiim.
Alhamdulillah..1 syawal sudahpun berlalu,namun kegembiraan masih lagi terasa.
Jd post kali ni aku ingin bermuhasabah lah sikit rasenya.agak2nye,btl x cara aku sambut aidilfitri kali ni?
Teringat aku pada sebuah hadis nabi s.a.w. yg bermaksud;-
“terdapat dua kegembiraan bagi orang islam yg berpuasa iaitu;
1. Apabila berbuka(mengikut Yusuf Al Qardawi,ini bermaksud apabila kita menyambut hari raya Idulfitri yaitu selepas kite selesai menyambut bulan puasa,berterawih etc.)
2. Bila bertemu Allah di akhirat kelak.
So,sebenarnya xsalah kalau kite bergembira di hari raya MALAHAN IA MERUPAKAN SATU AMALAN SUNAT! Sunat bagi kita utk bergembira di hari raya.TETAPI! Adakah kita ingat akan Allah s.w.t tatkala kita menyambutnye?
Di hari raya, sunat hukumnya untuk kita;
1. Hias diri n rumah
2. Mandi sunat aidilfitri
3. Sarapan sikit seblum solat sunat hari raya
4. Gunakan jalan yg berbeza pergi dan balik dari masjid.
5. Berjalan kaki ke masjid
6. Bertakbir,bertahmid dan bertahlil
7. Bykkan bersedekah(duit raya)
MENURUT ANAS BIN MALIK,terdapat 5 jenis sambutan raya bagi kita umat Islam iaitu;
1. Apabila setiap hari yg kita lalui tanpa dosa.
2. Apabila meninggal dengan meninggalkan amal soleh serta jauh dari godaan syaitan
3. Tatkala meniti titian sirat di padang mahsyar
4. Tatkala masuk syurga Allah s.w.t
5. Semasa melihat Allah di syurga kelak.
Hurm… renung2 kan……..(buat diri ini..)
Hiburan Untuk Mereka yang Kehilangan Pasangan
3 months ago

