
bismillahirrahmanirrahiim..
alhmadulillah segala puji bg Allah yg masih memberikan kesempatan pdku menghirup udara di dunia pd hari ini.subhanallah..
rase seperti ingin mencoretkan sesuatu utk muhasabah diri.namun fikiranku berkecamuk..pelbagai perkara sedang bermain2 di minda.semuanya perihal kesibukan dunia.dgn family,study,program,dan ntah ape lagi. berkali-kali jugak aku cube ingatkan diri agar bersabar saja.
teringat aku pd ayat ini..
"wallahu'aliimum biza tissuduur."maksudnya "Allah jualah yg mengetahui segala isi hati."
juge teringat pd sabda nabi junjungan s.a.w. yg bermaksud,
" org mukmin itu sangat luar biasa.segala perkara yg berlaku dlm hidupnya adalah baik baginya.jika ia mendapat kemudahan,ia bersyukur.itu adalah baik baginya.dan apabila ia mendapat kesulitan atau musibah dia sabar dan itu juga adlah baik baginya."
sewaktu memberi sedikit pengisian minggu lepas,aku menyebutkan ini pd yg mendengar.ini merupakan kali pertama aku mengadakan pengisian di luar usm. memang senang melafazkan,namun utk mempraktikkan,aku sndiri belum mampu.maafkan aku Ya Tuhan sekiranya aku memperkatakan sesuatu yg aku sndiri sukar utk melakukannya.namun aku telah mencubanya Ya Allah.bukan aku xcuba..
sewaktu murabbiku dtg berziarah minggu lepas,pernah die melafazkan ini pdku,
"jika kita mengajar org lain,(memberi pengisian atau sebagainya),sebenarnya kita sedang mengajar diri kita jugak.so,jgn takut.malah syukurlah kerana secara tdk langsung kite juga sedang membaiki diri sendiri.insyaAllah.."
kata2 tersebut menjadi perangsang utk aku.inilah kuasa tarbiyah.namun,kekadang aku juga terlupa n terlalai.ampuni aku ya Allah.
di dalam mengumpul semula semangat yg kian luntur,seringkali aku diuji.terasa Allah sedang menguji aku,menguji sejauh mane cintaku pdNya.menguji sekuat mana iman aku.seringkali juga aku tersungkur di lembah dosa n noda.aku ini insan yg sangat lemah.berapa kali aku melakukan dosa,aku terlalai.namun,Kau tdk pernah membiarkan aku terus hanyut dlm dosa.tdk pernah walau sesaat pun Kau meninggalkan aku.Kau sering meniupkan rasa bersalah pd hati ini tatkala aku terlalai dr mengingatiMu.aku syukur diatas kurniaan nikmat ini Ya Tuhan.
tapi hari ini Ya Allah,baruku sedar betapa selama ini aku jauh drMu. airmata di pipi ini sudah kering agaknya.apakah hati ini sudah terlalu keras utk menangisi segala dosa2 yg telah lalu?apakah hati ini sudah beku sehinggakan sukar sekali mencairkannya,sukar utkku merubahnya?apakah hati ini terlalu sombong sehingga dikala ujian datang semakin menjauhkan aku drMu?
TAHAJUD? ya tahajud..sudah lama tdk aku melakukannya.aku mula merasakan diri ini sangat hina.dulu aku pernah berjanji pd diri sendiri..akn meneruskan rutin di bulan Ramadhanku.jika dulu,aku sering bangun solat malam,baca Qur'an,zikir bile berkelapangan,diamku berfikir dan kata2ku zikir. tapi kini???
ke mana semua janji2 itu?
teruknye aku yaAllah.ampuni aku..
"Ya Allah,permudahkanlah utkku urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari.seterusnya,berikanlah keberkatan dalam setiap urusanku yaAllah.tapi jika Engkau mengetahui perkara itu adalah buruk bagi agamaku,kehidupanku,maka hindarkanlah aku drnya.takdirkanlah mana2 yg baik bagiku.Aku serahkan segalanya pdMu wahai Zat yg Maha Agung."
amiiiiiiiin..

