
bismillahirrahmanirrahiim..
dah lame aku xmenulis di blog ni. mungkin kekangan masa or no idea?sume ade. tp ptg ni tertarik aku ingin meluahkan ape yg slame ini terpendam di lubuk hati. kisah penangkapan Dr MAZA-pembebasan Dr MAZA-akhil hayy xdiberi tauliah-mcm2! lepas satu satu masalah agama ISlam dibangkitkan..byk pendapat dah aku bace.risau jgak aku dgn permasalahan ini.nk ty sape? wahabi tu mcmn? apakah selama inipn aku ter'expose' dengan fahaman ini?Ya Allah..jahilnya diri ini.
td aku terbaca mengenai kata2 seorang timb menteri di jab perdana menteri mengenai wahabi. "mereka tdk mengamalkan zikir selepas solat,tdk membaca qunut waktu solat subuh,baca Yaasin pd mlm jumaat,membaca talkin,dan mengadakan tahlil." sumber: utusanonline.
then,bile aku meneroka dr blog ke blog,aku terjumpe artikel mengenai issue ini di http://al-fikrah.net/News/article/sid=826.html sangat best dan memberi manfaat..
bile terdapat perbezaan pendapat begini,kite kene berbalik pd Qur'an dan sunnah.dlm Qur'an ada mengatakan yg bermaksud,
" Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya." (Surah al-Israa', 17: 110)
Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127)
Perkara ini turut diperkuatkan lagi dengan penjelasan salah seorang ulama besar bermazhab Syafi'e iaitu Imam an-Nawawi rahimahullah:
قال اصحابنا إن الذكر والدعاء بعد الصلاة يستحب أن يسر بهما إلا أن يكون اماما يريد تعليم الناس فيجهر ليتعلموا فإذا تعلموا وكانوا عالمين أسره
Terjemahan: Para ulama dari mazhab Syafi'e (ash-haabunaa), berkata: Zikir dan doa setelah solat, disunnahkan supaya dilakukan dengan merendahkan suara, kecuali apabila dia seorang imam yang hendak membimbing (mengajar) orang lain (para makmum), maka dibolehkan untuk mengeraskan (menguatkan) suaranya, supaya mereka semua dapat belajar darinya, dan apabila diketahui bahawa mereka telah memahami serta sudah tahu (akan zikir-zikirnya), maka hendaklah dia kembali berzikir dengan merendahkan suara. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 3/487)
1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).
2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.
3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.
Jadi, jika benar Wahhabi menolak sunnah berzikir setelah solat fardhu ini (sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah), bermakna mereka (kelompok Wahhabi) telah salah.
Maka wajarlah kita semua secara umumnya untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula amalan kita dalam melaksanakan zikir setelah selesai solat (selepas salam). Saranan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya, kemudian kepada golongan Wahhabi jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah, dan juga kepada masyarakat awam umat Islam di negara kita am-nya yang begitu ketara melanggari garis panduan di dalam berzikir sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para imam besar mazhab kita.
sumber: http://an-nawawi.blogspot.com
berkenaan Akil HAyy pula,sebenarnya td aku beli akhbar utusan dan bace artikel mengenai Akil Hayy. "JAIS tdk pernah memberi tauliah pd Akil HAyy utk berceramah atau memberi kualiah agama." itulah di antara isi kandungannya. kepalaku mula pusing..apa ini??
apa2pun.aku berdoa n berharap agar ALLAH sentiasa memelihara diri ini,keluarga dan mereka di sekelilingku dari fitnah dunia.aku mohon agar kami semua diberikan hidayah dan sentiasa berada di jalan yg lurus..amiin.
wallahua'lam....

