SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

1.4.11

:. BENCI=PENAWAR .:

"dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang"..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. aku mulakan hariku dengan pujian pada yang Maha Esa. yang mengurniakan aku nikmat agung IMAN dan ISLAM.terima kasih Ya Allah..

SYUKUR
sebelum jari-jariku pergi lebih pantas, ingin aku menyatakan rasa syukurku pdNYA kerana sehingga ke hari ini pelbagai nikmat telah aku kecapi.hari ini sudah 1 April. pejam celik, tinggal lagi kurang 2 bulan aku akan mengakhiri tahun 4 pengajian. terasa baru semalam di tahun satu..(erk..)moga impian keluarga utk melihat aku berjaya DUNIA dan AKHIRAT tercapai.insyaAllah..doakan adik.. =)

BENCI??
sering dipandang negative. kata orang, benci merupakan satu perasaan negative yang boleh merosakkan hati. namun, pandangan daripada seorang pakar motivasi,dr.azhar berkenaan 'kebencian' cukup berbeza. sungguh aku kagum dengannya kerana melihat benci dari sudut positif.

KONGSI
Kebencian merupakan satu fasa penyembuhan diri dan penawar, ia datang utk dibetulkan.bagaimana? kita ada 2 pilihan utk menyelesaikan masalah kebencian ini.

1. bingkai penyalahan(blame frame)-sering mencari salah --> masalah--> benci yg menjadi kesakitan --> jadi org yg –ve. atau....
2. outcome frame -layan kebencian dengan ALLAH sbb ALLAH sentiasa positive.
(Jgn benci org, benci sikap dia!)..hantar kebencian pd Allah..mengadu pd Allah,cerita lah dengan ALLAH,luahkan pdNYA--> pengaduan pd Allah--> penawar pd duka kita-->mula berkasih sayang dgn ALLAH..indahnya kebencian apabila dikongsi bersama ALLAH.




JADI??
Allah maha mendengar…bukankah Allah lebih mengetahui? Berlaku jujurlah dengan Allah..maka hilanglah perasaan benci kerana apa yg kita lihat adalah kasih sayang ALLAh..insyaAllah.

psssst....
“boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 216)