SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

21.9.11

:. 21 September.:

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, syukur alhamdulillah. masih berpeluang menghadapi hari2 walaupun dalam tekanan dan bebanan sebagai seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan.
terima kasih Ya Allah..sehingga ke hari ini aku masih bertahan dan hanya daripadaMU segala kekuatan ini datang..moga Engkau sentiasa permudahkan urusan hambaMU ini.ameen..

hari ni merupakan hari yang sangat istimewa buat aku..
"selamat hari jadi maa.. adik sentiasa doakan kesejahteraan hidup ma, dunia dan akhirat..adik janji, adik akan cube jadi seorang anak yang baik, taat pd ALLAH dan sentiasa menjaga hati ma. xterluah dek kata2 betapa adik sayang ma. engkau yang pertama, tiada akhirnya. aku dalam kegelapan engkaulah cahaya..(teringat kat satu lagu ni.dedicated to u my lovely mum.)"




ma,
adik akan jadi doktor..insyaAllah xsampai setahun lagi ma.kalau ayah ada, ayah mesti bangga kan?tapi xpe, adik suka sangat buat ma happy. adik lega, at least anak ma ni yang akan jadi tempat ma mengadu, tempat ma luahkan rasa. adik harap sangat dapat jadi anak yang jadi kebanggan ma dan keluarga.

sebab tu,
adik xsuke tengok ma sedih2 atau marah2. senyum sokmo k~ i love to see ur smile <3 <3 <3 .. peace!!!