bismillahirrahmanirrahim..
setinggi tinggi ucapan syukur aku panjatkan ke hadrat ILahi atas 2 nikmat terbesar yg dikurniakan kepada aku sehingga ke hari ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. alhamdulillah..syukur pdMU ya ALLAh..
hari ni cuti krismas. aku xbalik kg..sgt merindui suasana di rumah, tp..minngu ni aku akan exam. so, aku terpaksa tahan rasa rindu hanya utk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. semoga ALLAH redha dengan aku. ini juga merupakan satu ibadah. Ya ALLAH, redha Engkau yang aku harapkan, bukan redha manusia.
this week, aku dihujani dengan pelbagai masalah dari luar dan dalam diri. sungguh menguji diri ini. namun aku yakin, ALLAH sentiasa bersama-sama aku. teringat kata2 dari website langitilahi.com. " kami sentiasa positif kerana kami sentiasa percaya!" kita percaya dan yakin dengan ALLAH. itu kekuatan kita sebagai seorang muslim. insyaALLAH. dan kunci kepada segalanya adalah IMAN yg ada di dalam diri kita.
" IMAN itu bukan sekadar dengan cita2 dan bukan pula dengan kata2..tetapi apa yg tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal"..
sebab itu, aku sentiasa doa kpdNYA agar dibersihkan hati aku, sucikan hati aku dari titik2 hitam dosa dan noda. kerna aku pasti dan aku tahu, IMAN tidak akan meresap ke dalam hati yang hitam, penuh dengan dosa dan noda.
pesan ma, " adik, jangan lupa bangun setiap malam..solat tahajud. doa yg terbaik buat diri dan ma jugak. moga diberi kesihatan utk beribadat kepadaNYA".. insyaALLAH ma..adik cuba buat yg terbaik. REDHA ALLAH bergantung pada REDHA ibu bapa..~
moga ALLAh terus berikan kekuatan untuk aku, ibuku, ahli keluargaku, sahabat2 ku serta saudara seISLAMku dalam menghadapi ujian dariNYA. sungguh, tidak ada daya kekuatan selain daripadaNYA...~
Hiburan Untuk Mereka yang Kehilangan Pasangan
3 months ago

