SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

19.6.12

:. PRO 3 .:

bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah, terma kasih ya Allah atas nikmat kurniaan MU padaku. aku amat berterima kasih padaMu dan sesungguhnya aku serahkan diri ini hanya padaMU.. hari ni, alhamdulillah merupakan hari terakhir kami berjuang bersama-sama di tahun 5, memberikan apa yang termampu kami lakukan dalam peperiksaan PRO 3.. insyaAllah, doaku agar semua lulus dengan cemerlang. ameen.. Allah tak akan uji melainkan dengan kesanggupan kami.. lepas segala bebanan bile keluar je dari bilik 1 long case tadi. alhamdulillah..aku tahu, Allah maha mendengar setiap rintihan hamba2NYA dan aku yakin, kami semua telah berusaha dengan sedaya upaya kami dan sekarang berharap hanya pada Dia. Dia yang menentukan segalanya dan memberikan apa yang terbaik utk kami. Allah, jangan Engkau pesongkan hati2 kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami. sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat kami memohon pertolongan. tidak ada daya dan kekuatan selain daripadaMU. sesungguhnya, Engkau maha Pemurah lagi maha Mendengar. Dengarkanlah permohonan kami, makbulkanlah segala permintaan kami. sesudah itu, semoga semakin bertambah iman kami terhadapMU.. ameen..