SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

28.7.15

12 SYAWAL

bismillah...

alhamdulillah.syukur kpdNya atas segala nikmat.

kehangatan syawal masih lagi terasa dlm kesibukan bekerja.

namun, masih tak dilupa buat yang tak berkemampuan.moga Allah terus berikan kesihatan dan memberkati kehidupan kita semua. ameen..

alhamdulillah kesihatan anak2 makin bertambah baik selepas batuk dan selsema berpanjangan. umma dan Aba lah orang paling sibuk mencari resepi mcmn nk hilangkan kahak anak2 umma. dari makanan sunnah, bhn2 organik/herba sehinggalah perubatan moden sekarang.semua kita cuba.

terima kasih abaa..

12syawal.umma dan aba baru nak start puasa 6. Ya Allah,permudahkanlah......baru sehari :) caiyo'2x!