SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

7.2.18

Perginya poksu..

Alfatihah..
Tanggal 7/02/2018 bersamaan 21 jamadilawal 1439H..poksu kesayangan Umma telah kembali ke rahmatullah..satu satunya adik Ma sy yg bongsu seibu seayah. Alfatihah buat poksu.
Rentetan peristiwa poksu di diagnosed esrf memerlukan dialysis pada nov 2017. Pernah admitted 2x ke hosp dan menjalankan dialysis tp dua2 aor discharge(at own risk discharge). Umma cube memahami situasi poksu, sbb tu sometime umma xnak paksa atau buat decision utk poksu. Umma respect his own decision. Allah knows..what is the best for hambaNya..
Dan..sejak drpd tu poksu lemah, sering sakit2 sehingga terlantar. Tp Allah sygkan poksu. Hari kematian arwah, arwah cuma rs lenguh2 badan n lesu.sometimes rs susah nk bernafas, hanya dia yg tahu perasaan. Sepnjang pagi arwah mengucap kata taubat pdNya,mntak ampun n maaf pd org sekeliling. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan arwah. Arwah pergi dgn tenang, di'sekeliling org2 tersayang. Saat urusan jenazah pun dipermudahkan.alhamdulillah.terima kasih yaAllah, memberi ingtan dan taxkirah buat Umma dan org2 sekeliling.semoga kami semua mati dlm keadaan keimanan, sama seperti org2 soleh sebelum kami.aamiin.
Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah poksu, arwah ayah, arwah tok dan nenek Umma serta ahli keluarga Umma yg lainnya.insyaAllah aamiin..