SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

1.5.18

Syaaban

Bismillah.
Mlm ni malam nisfu syaaban. Umma stay dgn ank2 sbb aba buat bekam mlm ni. Sempat jugak umma dgr ceramah di tv alhijrah mengenai nisfu syaaban dan kaifiat bulan syaaban secara keseluruhan. Actually, umma xfaham kenapa ade segelintir dari kita yg mempertikaikan dan seakan cuba berdebat(bukan berbincang ) mengenai nisfu syaaban. Semua sepatutnya sedar akan kepentingan bulan rejab, syaaban dan ramadhan. Kenapa nk pertikaikan kelebihan 3bukan tersebut? Perkara mcm ni la yg akn menghentikan dakwah sebenarnya. Setiap kali nk buat kebaikan, dipertikaikan, yes, true. Kita ada pendapat masing2. Tp kenapa dlm bab agama,mesti bergaduh? Utk menyeru org utk buat kebaikan,kenapa perlu dikecam?
I wonder why?
Xsalah kita saling bg tazkirah, satu ayat 1000 kebaikan kita dpt.
Yg mendengar tazkirah sepatutnya juga mengkaji kesahihan ayat tersebut tp xperlu lah berdebat. Islam xajar macam tu. Kita berbincang sesama islam, berdebat hanya utk non muslim.
Done ngepeking for today.
Kesimpulannya, beramallah dan berdoalah semoga kita semua smpai ke bulan ramadhan..insyaAllah aamiin. Semoga Allah merahmati kita semua.