SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

20.4.10

:. jangan lupa padaNya .:

bismillahirrahmanirrahiim..
alhamdulillah..syukur pdNya kerana sehingga hari ini, aku masih diberi peluang mengecapi segala nikmat pemberianNya.

"aku penat Ya Allah.."kadang2 hati aku bermonolog sendirian.aku penat kerana pada masa ini,aku dan 4 lagi rakan (mirah, nad, dila n wani) sedang menyiapkan tugasan elektif kami mengenai 'stress dalam kalangan pelajar f4 n f5 sekolah2 di daerah KB'.aku penat berkejar ke sana ke mari.aku ini manja Ya ALlah..padahal, semua orang pun melakukan perkara yg sama. knape aku terlalu cepat mengeluh? mcmn aku nk berjuang utk agama sedangkan melakukan perkara yg remeh ini pun aku sudah mengeluh..teringat aku pada satu ayat daripada hasil penulisan seseorang, "dakwah tidak dapat dipikul oleh orang manja!" benar..tika ini kurasakan diri ini terlalu kerdil di hadapanMu.aku lemah,aku ini hina, aku ini kerdil ya Allah.. oleh itu, Kau kuatkanlah aku, muliakanlah aku dan berikan aku kecekalan hati..

dalam mengejar kesibukan ini, aku amat berharap kami semua tidak akn pernah melupakanMu. kami takut jika kami tersalah atau kami terlupa pdMu. ingatkanlah kami ya Allah utk selalu mengingati Engkau dalam apa saje keadaan sekalipun..



memetik kata2 nasihat dari ummi Ammar,
"Walaupun dalam kesibukan ini janganlah menjadi alasan untuk kita tidak mendalami ilmu dan proses mendekati diri kepada Pencipta. Proses ini perlu kerana sebenarnya proses inilah yang dapat membantu memberi kekuatan jiwa kita dalam menghadapi dugaan dunia. Setiap seorang daripada kita dalam masa masih sihat dan bertenaga ini, dituntut mengambil berat mengisi jiwanya dengan perasaan gerun gementar terhadap kemurkaan Allah."

Ya Allah,jangan Kau pesongkan hati2 kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami. Rahmatilah segala apa yg kami sedang lakukan ini Ya Allah..semoga segala apa yg sedang kami lakukan ini juge merupakan satu ibadah kepadaMu.semoga kami ikhlas dalam pekerjaan ini..

amiinn..