SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

17.4.10

:. ini amanah ALLAH!! .:

bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah syukur pdMu ya Allah atas segala nikmatMu pdku.
lame aku tidak menjenguk blog ni,juga blog saifulislam.com(kegemaranku),terasa rindu benar. .waktu ini, ramai di antara teman2 ku sedang sibuk dengan exam masing2..moga ALLAH bagi ketenangan hati kpd mereka.ameen.

masih lagi terngiang2 di telinga aku pada nasihat dila sebelum result pro 2 exam keluar. selalu disebut2, "setiap amal perbuatan mestilah disertai dengan niat." dila ajak aku same2 fikirkan kembali, apa sebenarnya yg aku nk dlm hidup ini? aku dah ditakdirkan,dan dipilih oleh ALLAH s.w.t utk berada di dlm bidang kedoktoran ini..dan sepatutnya aku redha!aku sepatutnya bersyukur kerana terpilih dan bukannya merungut. ya! aku sedar,selama ini,jika ditanya kenapa kamu ingin jadi doktor?pasti dlm hati aku mnjwb "aku xpernah terfikir utk jadi seorang doktor,tapi..family teringin sgt nk tgk aku jd doktor." dan ini menjejaskan dan mengurangkan motivasi aku utk terus belajar hingga berjaya. aku telah mengabaikan amanah yg telah ALLAH berikan pada aku. aku dengan rela hati membiarkan nafsu menguasai diri ini. belajar medic kerana exam semata-mata! perkataan 'fail' sudah sebati dalam jiwa aku. setiap kali fail ujian, aku rase biase je.teruk kan?inilah kesan sekiranya niat belajar tu bukan kerana ALLAh tetapi kerana manusia.



bile difikirkan kembali, setiap kali exam pro, aku akn mula beljar bersungguh-sungguh utk lulus.aku sibuk berdoa pdNya agar diberikan aku kesempatan dan diberikan kejayaan.padahal,jika tiada exam,aku lupa utk belajar bersungguh dan aku lupa utk beroda terus-terusan pdNya. hinanya aku ya Allah..

aku harap, selepas ini semuanya akn berubah.terima kasih Ya Allah kerana setiap kali aku terlupa,Engkau tida pernah membiarkan aku sendiri. Engkau seringkali mengingatkan aku melalui kawan2ku. ya Allah,jgn Kau tarik balik nikmat ini daripadaku.aku mohon..
** akan aku jaga amanah ini. muslim's doctor to be..insyaAllah~amiin.