
bismillahirrahmanirrahiim..
alhamdulillah,setinggi-tinggi puji dan syukur ku panjatkan pd ALLAH yg tdk putus2 memberikan rahmatNya pd kami.selawat dan salam buat Nabi junjungan s.a.w..
semalam merupakan hari yg mendebarkan dalam hidup kami,3rd yr medic. setelah berjuang habis-habisan utk exam pro 2..alhamdulillah akhirnya segala usaha kami dinilai dan diiktiraf oleh ALLAH s.w.t. ALLAH maha tahu apa yang terbaik buat kami. terima kasih dan syukur ku hanya pdNya. kadang2 aku terfikir, mungkin aku tdk cukup kuat utk menghadapi kegagalan,oleh itu ALLAh tidak membiarkan aku gagal.
ujiannya yg maha hebat itu adalah utk org2 yang hebat jugak. aku yakin, sahabat ku yg tidak bernasib baik pada kali ini,mereka mampu utk menempuhnya,. aku sangat yakin itu. kerna dalam kalangan mereka terdapat setengah yang sepanjang 3 tahun di sini terus-terusan berjuang dalam agamaNya.mereka tidak akan mengaku kalah hanya dengan ujian sebegini. mungkin kerna itulah ALLAH menguji mereka.ya! ujian ALLAH yg maha hebat ini istimewa utk mereka yang HEBAT juga. teringat aku pada satu firman ALLAH s.w.t yang bermaksud " masihkah kamu mengaku beriman sedangkan kamu masih belum diuji?" inilah masanya mereka membuktikan keimanan mereka.bahawa mereka tidak akan berputus asa dari rahmat ALLAH. sesungguhnya, ALLAH tidak akn melakukan sesuatu dengan sia-sia.mungkin ini yang terbaik buat kita semua! kegagalan adalah ujian, lulus juga satu ujian.menguji sejauh mana keimanan kita kepdaNya.
ALLAh, Engkau yang maha Tahu hati ini..~

