SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

8.3.10

:. makanan rohani sabtu 6mac2010 .:

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah.syukurku panjatkan pd yang maha Esa di atas nikmat terbesar kurniaanNya pd hari ini,iaitu nikmat iman dan islam! alhamdulillah.selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..

tinggal kurang 2 minggu lagi kami akan menghadapi peperiksaan besar PRO 2. terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang singkat ini.hari khamis,balik umah tengok emad yang patah tulang clavicle nya disebabkan sepak takraw!ishk3..org tua2 kate.."nok geroh..ape pun buleh jadi.." sian jgak tgk die.nak je aku stay kt umah dan jaga die.tapi, of kos ma aku xbagi.. xpe la mat. kalo ni bukan exam PRO adik balik je jaga mad.moga ALLAH jaga mad..amiin. balik pagi jumaat aku terus pegi program daurah kt masjid kubang kerian. alhamdulillah.Dr Izzul banyak buatkan aku tersedar dari realiti sebenar. dan yang paling terkesan di hati bile Dr tanya aku " apa tujuan kamu nak jadi Dr?" dan dengan selamba aku jawab " sebab nak tolong orang.." alasan yang cukup mengecewakan Dr.. kata Dr.."jawapan tu sape2 pun blh jawab. orang yg xjoin halaqah pun jawab benda yang sama. jd, kamu semua ni xde beza pun dengan orang yg xjoin halaqah.." sungguh keras bunyinya.langsung membuatkan aku tersentak .tambah Dr.."apa kata,mulai sekrang kita satukan matlamat kita.xkira la jurusan apa yg kita ambik,engineer ke, nursing ke, farmasi ke ape pun, matlamat kita adalah utk MENCARI REDHA ALLAH.." aku tertunduk dan mengangguk2 tanda setuju. astaghfirullahal'aziim. mungkin selama ini aku sering diingatkan agar setiap apa yang kita buat mestilah dengan niat kerana ALLAh.namun,teguran yang diberikan oleh Dr sangat menusuk di hati ini.dan insyaAllah akan sentiasa melekat di hati..amiin.

sepanjang pengisian oleh Dr Izul aku xrase mengantuk pun. apa yang cube disampaikan oleh beliau sangat membuka minda aku dan kebanyakannya berkaitan dgn diri aku. moga aku diberi peluang sekali lagi utk bertemu dengan beliau jika berkesempatan demi menggarap secubit ilmu dan pengalaman yg beliau kongsikan.. program daurah selesai jam 5 petang.(last session xjoin sbb...heheh).

malam sabtu, kt surau murni ada ceramah oleh Prof Kamil dari UiTM segamat sempena maulidur Rasul..namun,isi ceramah beliau sedikit pun tidak berkaitan dengan tema"mengangkasa Mahasiswa." beliau menceritakan kisah hidup beliau sebelum mendapat pangkat Professour, sebelum menjejakkan kaki ke Makkah dan semasa di Makkah. perkongsian kisah hidup beliau sangat bermakna buat aku. dan dari situ aku mula terfikir sesuatu. ALLAH tidak akan pernah mengecewakan hambaNya,tetapi hambaNya lah yang selalu menghamapakan Dia..ya! semua yang kita mintak Dia bagi,tapi jarang sekali aku bersyukur.astaghfirullahal'aziim..teras diri ini sangat kerdil dan hina mengenangkan dosa2 yang telah aku buat.daripada penceritaan Prof tadi, aku dapat simpulkan apa yg cube disampaikan oleh beliau adalah mengenai kekuatan DOA dan KEYAKINAn serta kebergantungan kita kpd ALLAH..yang penting ikhlas keranaNya..
insyaAllah.. ~ cube mencari kekuatan di sebaliknya.

TERIMA KASIH YA ALLAH..