SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

26.2.10

:. salam maulidur Rasul 1431 H .:

bismillahirrahmanirrahiim..alhamdulillah syukur atas nikmat yang tidak putus-putus diberikan olehNya..selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW..

hari ni merupakan tarikh yang sangat2 penting bg umat Islam pd hari ini iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW w/pun terdapat selisihan pendapat mengenainya. apa yang pasti, pada tarikh inilah Rasul kita Muhammad SAW telah wafat dan pergi meninggalkan kita utk bertemu dengan kekasihnya ALLAH SWT.. meneliti msj yg terpapar di skrin telefon bimbit,bergenang airmata ini. sungguh, selama ini aku sangat jauh drMu tuhan.sehinggakan tarikh istimewa ini hampir aku lupakan..astaghfirullahal'aziim..



"satu ketika,sedang Rasulullah SAW berkumpul di dalam satu majlis bersama sahabat,tiba-tiba bergenang air mata baginda SAW.para sahabat gelisah melihat sesuatu yang mereka tdk senangi di wajah Rasulullah SAW. apabila ditanyakan oleh Saiyidina Abu Bakar,baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya.para sahabat merasa iri hati hinggakan Sayidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah SAW'bukankah kami ini ikhwanmu?'Rasulullah menjawab 'tidak.kamu semua adalah sahabatku.ikhwanku adalah umatku yangbelum pernah melihatkutapi mereka beriman dan sangat mencintaiku.aku sangat rindu untuk bertemu mereka..' "

~kitakah ikhwan itu??
Ya Rasulullah,aku rindu padamu dan aku mencintaimu...selawat dan salam buat baginda SAW.