sambil telinga ini asyik dengan lagu oleh maher zain(hold my hand),aku terus mencuba utk menaip.terasa agak lama juga aku membiarkan blog kesayangan ini.hihi..
sebenarnya kali ini terasa ingin menulis mengenai satu cerita dlm surah al-baqarah. agak penting kerana melalui kisah inilah nama al-baqarah terhasil iaitu surah ke-2 dlm alQur'an.
jika kita membuka surah 2:72,ade menceritakan peristiwa pembunuhan di mana tiada bukti siapakah pembunuh yg sebenar.mereka sering menuding jari dan akhirnya,pd ayat 67,nabi Musa as memberitahu bhw Allah menyuruh mereka menyembelih seekor sapi betina.penduduk pd zaman itu cube berdalih dgn mengemukakan pelbagai persoalan mengenai sapi betina tersebut termasuklah apakah warnanya?dan terus bertanya sehingga mereka berpuas hati.(terdapat dlm ayat 68 dan seterusnya).menurut tafsir,mereka akhirnya berpuas hati dan mengucapkan insyaAllah..(oleh kerana berkat ucapan ini), mereka akhirnya menyembelih juga sapi betina tersebut walaupun nyaris mereka tdk melakukannya.(2:71).setelah itu, Allah menyuruh mereka memukul orang yg telah meninggal td dengan bahagaian sapi itu(2:73).dan...dengan kekuasaan Allah orang yg meninggal td hidup kembali dan menceritakan segalanya.pembunuh sebenar pun diketahui..namun,orang2 pd zaman itu masih berpaling daripada jalan Allah..astaghfirullahal'aziim.begitu keras hati mereka.
oleh itu, semoga Allah tidak membiarkan hati kita juga sekeras hati mereka..

moga Allah sentiasa menjaga hati ini daripada maksiat..teringat pd tazkirah daripada salah seorang senior aku dulu (sekarang dah bergelar zaujah kpd abg Al) ."hati ini ibarat cermin pd diri kita.jika bersih cermin itu,cahaya akan senang menembusi dan kita akan dapat melihat wajah dengan jelas ,tp jika sudah berhabuk sukar utk cahaya menebusi dan effectnya sudah tentu...xjelas." begitulah hati.oleh itu,selalu lah mencuci hati kita dan bersihkannya. "hati=al-qalbun=yang berbolak balik. "menurut kajian oleh DHMFK, xramai drpd kita yg di dalm doanya meminta agar dibersihkan hatinya..jika boleh,selalulah berdoa agar Allah membersihkan hati kita.insyaAllah..~ segalanya bermula dari hati..
"di dalam diri setiap manusia ada seketul daging.jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh anggotanya,maka buruk maka buruklah keseluruhannya.itulah hati...."

