SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

24.2.10

:. bebaskanlah dirimu .:


bismillahirrahmanirrahiim..
alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaanNya..
hari ini merupakan hari terakhir clinical block dan selepas ini akan bermula semula perjuangan aku sebagai seorang medical student. aku yakin, Allah pasti akan menyediakan sesuatu yg terbaik buat diri ini setelah pelbagai ujian yg melanda. aku tidak akn mengalah. masih ada peluang! akn aku buktikan. sekadar peringatan buat diri yang selalu lalai dan leka..aku copy and paste artikel ni dari blog irhafiz. moga jadi peringatan..

Bebaskanlah Dirimu Dari Kesusahan Dunia

Disampaikan Syeikh Abdul Qadir al Jailani

Di Madrasah al Ma’murah

Ahad 13 Sya’ban 545H

Rujukan:

Wasiat & Nasihat Kerohanian

Muka surat 495

Penterjemah: Akmal Hj Mhd Zain

A l B a q a r a h 2 1 6

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


H a d i t h

"Lepaskanlah diri kamu daripada kesusahan dunia semampu kamu"

Apabila engkau mengetahui Allah maka sudah pasti engkau mengetahui yang lainnya. Tetapi apabila engkau tidak mengenali Allah, para Rasul, dan para Nabi serta aulia’-Nya, maka ia juga menyebabkan kamu tidak mengenali tentang harta.


Wahai orang yang sedikit sekali mempunyai akal…! Janganlah engkau lari dari pintu Allah, hanya kerana sedikit cubaan yang menimpa dirimu. Allah lebih tahu tentang kemaslahatanmu daripada dirimu sendiri. Dia tidak akan mendatangkan cubaan atau ujian kepadamu, jika tiada faedah dan hikmah di sebaliknya.

Apabila Dia menimpakan cubaan kepadamu, maka kukuhkanlah pendirianmu, ingatlah akan dosa-dosa dan kesalahan yang pernah engkau lakukan kepada-Nya, perbanyakkanlah istighfar dan mintalah kesabaran dan ketabahan dalam menghadapinya. Berdirilah engkau di hadhirat-Nya dan berlindunglah engkau kepada rahmat-Nya, bermohonlah engkau kepada-Nya agar dihilangkan-Nya cubaan dan dugaan itu daripadamu, serta mohon disegerakan hikmah dan faedah yang terkandung di sebaliknya.

Wahai orang yang sedang mengembara di jalan dunia…! Janganlah engkau mengasingkan diri dari kafilah, penunjuk jalan dan rombongan manusia. Kerana engkau akan kehilangan harta dan nyawamu.

Penunjuk jalan yang dimaksudkan di sini adalah guru yang mursyid.

Wahai orang yang sedang mengembara di jalan akhirat…! Sentiasalah engkau bersama dengan penunjuk jalan, hingga engkau sampai di tempat yang engkau tuju. Layanilah penunjuk jalan itu ketika dalam perjalanan, bersopan santunlah engkau kepadanya dan janganlah engkau membantah pendapatnya, supaya engkau diberinya pelajaran didekatkannya kepadanya. Kemudian dia akan menjadikan engkau sebagai wakilnya dalam pengembaraan itu, kerana melihat kecerdasanmu, kejujuran dan kepandaianmu.

Jauhikah keburukan dan amalkanlah ilmumu dengan ikhlas. Apabila engkau ditakdirkan beramal, mala engkau pasti akan beramal. Berusahalah engkau, kemudian tawakkal dan beramal. Apabila mereka memilih keburukan dan tidak memilih dirimu, maka engkau tidak akan berpindah dari kedudukanmu, kecuali apabila engkau telah berputus asa terhadap orang yang mengajakmu untuk beramal.

Pada ketika itu, benamkanlah dirimu dalam lautan tawakkal. Maka engkau akan mengumpulkan sebab dan akibat. Bersopan santunlah engkau di hadapan mursyidmu, dan hendaklah engkau lebih banyak diam dari berbicara dihadapannya. Kerana sikap itu akan menyebabkan engkau lebih memahami dan mendekatkan dirimu terhadapnya.

Bersopan santun menyebabkan engkau dekat dan berakhlak buruk akan menyebabkan engkau jauh. Tetapi, bagaimana mungkin akhlak dan kelakuanmu akan menjadi baik, sedangkan engkau tidak pernah berguru dengan guru yang mengajarmu tentang sopan santun…? Bagaimana mungkin engkau akan mempunyai ilmu, sedangkan engkau tidak pernah redha gurumu dan tidak mempunyai sangka baik terhadapnya…?

_________

Wallahua’lam.

semoga bersama mendapat manfaat…