Rasa sangat bersyukur kerana ditemukan lagi dengan hari jumaat,penghulu segala hari.aku melalui hari ini dengan rasa sangat tenang,dan dengan berlapang dada. Entah kenapa..mungkin juga kerana tanpa anak saudaraku manja, si zarif itu.hehe.sorry ya?tapi awak sangat nakal la abang!
Tadi, sambil dengar sedikit tazkirah dalam al hidayah, aku terasa sesuatu. Tajuknya berkaitan dengan pesanan Rasulullah terhadap wanita, merupakan sambungan sesi minggu lepas. Jika minggu lepas berkaitan dengan sifat taqwa,pada minggu ini ustaz mengupas mengenai ‘lemah lembut’. Alhamdulillah..
Ustaz menceritakan kepada kami mengenai satu cerita di zaman Rasulullah s.a.w. suatu hari, Rasulullah ternampak seorang wanita tua yahudi sedang membawa kayu api. Rasulullah s.a.w terus menghampiri beliau dan bertanya “boleh saya bantu?”lalu, wanita tersebut menghulurkan kayu api tersebut kepada baginda s.a.w.dalam perjalanan, wanita tua itu bertanya, “wahai pemuda adakah kamu mengenali seorang yang bernama Muhammad?”baginda menjawab sambil tersenyum, “saya kenal Muhammad.tapi kenapa?”wanita tua tadi berkata, “lebih baik kamu menjauhkan diri dari Muhammad itu kerana dia telah membawa ajaran yang bertentangan dengan nenek moyang kita..” Rasulullah hanya mengiakan sambil tersenyum setiap patah kata yang keluar dari mulut perempuan itu. Begitu besar rasa benci di dalam diri wanita yahudi itu terhadap baginda Rasulullah s.a.w.
Sesampai di rumah, baginda meletakkan kayu api tersebut dan meminta diri, “jika tidak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu ye?”lalu wanita tersebut berasa sungguh terharu. Pemuda ini sungguh berbudi bahasa dan berlemah lembut padanya. Dengan perasaan ingin tahu, dia bertanya, “siapakah nama anak?”lalu Rasulullah s.a.w. menjawab sambil tersenyum, “akulah Muhammad ”. subhanallah..wanita tersebut sangat terkejut dan terus mengucap dua kalimah syahadah! Subhanallah..wanita yahudi tadi telah memeluk agama Islam dengan hnaya melihat peribadi baginda s.a.w..
** untuk wanita, jangan lah terlalu garang! Cuba bersifat lemah lembut dengan ahli keluarga, saudara mara,sahabat handai dan semua orang..insyaAllah..berlapang dada dan selalu lah tersenyum.
~ pesanan ustaz mengingatkan aku pada anak2 buah aku terutama zarif kerana aku selalu garang dengan mereka.hehe..macamana nak sabar kalau terpaksa berdepan dengan gelagat budak-budak mcm ni ek? Xpe..sabar je lah..cik su cuba buat yang terbaik!ok! senyum (“,) ~

“ WHEN YOU SMILE, EVERYONE SMILE WITH YOU, SOMETIMES, EVEN BIG DIFFICULTIES LOOK SMALL. ALWAYS KEEP YOUR FACE SMILING!”

