bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang utk aku berada di bumi Allahserta mengecapi nikmat pemberian drNya. alhamdulillah..
dalam pada bergembira,tiba-tiba teringat aku pada rakyat Palestin yang xhabis2 dikecam oleh rejim zionis. mereka benar2 melampau! jika sebelum ini aku hanya menerima sahaja berita tanpa perasaan. namun setelah peristiwa penahanan para aktivis yang ingin menyalurkan bantuan ke Ghaza oleh pihak Israel, darah muda aku menyirap juga! mereka bukan sahaja menyerang dan mencederakan rakyat Palestin yang tidak berdosa, malah turut mnghentikan misi kemanusiaan ke sana. aaah..tiada kata untuk aku gambarkan betapa kejam rejim zionis laknatullah ini!! hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua perbuatan mereka!
memetik kata2 dari seorang aktivis/wartawan dari astro yang turut terlibat dalam misi kemanusiaan ke Ghaza dalam kapal Mavi Marmara,( setelah dihantar pulang oleh Israel),
"ini baru gelombang pertama yang menghantar misi kemanusiaan ke Ghaza (walaupun gagal)dan kita sedang menunggu gelombang kedua iaitu kapal Rachel Corrie yang membawa 6 aktivis dari malaysia. semoga mereka sempat menghantar bantuan ke sana.insyaAllah, nanti akan ada lagi gelombang seterusnya yang akan menghantar misi kemanusiaan ke Ghaza. mungkin lebih banyak selepas ini kapal2 yang akan menghantar misi kemanusiaan ke Ghaza sehingga tentera ISrael tidak mampu lagi untuk menentang..semoga dengan peristiwa kapal Mavi Marmara yang ditawan oleh tentera Israel ini akan membuka mata lebih ramai rakyat dari seluruh dunia betapa kejamnya rejim zionis. dan sama2 merasai penderitaan penduduk Ghaza."
xsampai 24 jam rasanya pembebasan aktivis dr kapal Mavi Marmara, aku mndpt berita tentang penahanan para aktivis dlm kapal Rachel Corrie pula, tapi cuma sebentar dan semuanya selamat.kerana para aktivis tidak melawan seperti yang berlaku dlm kapal mavi marmara yang menyebabkn aktivis dari turki terkorban.
Wira-wira negara kita seramai 18 orang telah selamat sampai ke tanah air walaupun mereka gagal menghantar misi kemanusiaan ke Ghaza.harapan aku agar isu ini bukan terhenti di sini sahaja...
Hiburan Untuk Mereka yang Kehilangan Pasangan
3 months ago

