
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah segala puji aku panjatkan hanya utkMU Ya Allah Ya Tuhanku~ aku benar benar bersyukur atas setiap kurniaan nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sehingga ke hari ini.
Hari ini genap tahun 1421H tahun Islam. Terasa sekejap masa berlalu dan kini aku dah masuk ke tahun baru hijrah.alhamdulillah..terasa sungguh bertuah kerana Allah memberikan aku kesempatan utk bertemu dengan tahun baru hijrah ini. Yang paling penting, esok cuti..errr…astaghfirullahal’aziim.. ;) hurm..esok ade assessment paediatric. Moga Allah permudahkan.ameen..
Td ceramah oleh ustaz Nor Azariza Mohd Alawi,sangat best. Walaupun sesekali terselit perkataan2 lawak dalam ceramah, namun input yang diberikan cukup terkesan dan bermanfaat.insyaAllah..
Pertama skali, ustaz ajak kita supaya berfikir apakah maksud sebenar hijrah dan apakah kita sudah bersedia ke arahnya?? Sama2 renungkan insyaAllah..
Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w,semasa baginda sedang sakit, datang seorang pemuda yang xdikenali utk bertemu Rasulullah s.a.w dan utk memendekkan cerita, orang itu adalah MALAIKAT MAUT!!malaikat bertanya kepada baginda s.a.w, “aku datang untuk bertanyakan soalan kepada engkau wahai Rasulullah, adakah engkau mahu meneruskan hidup atau ingin bertemu dengan Allah s.w.t??” lalu baginda s.a.w. menjawab, “aku ingin bertemu dengan Allah s.w.t”subhanallah.. kesimpulan daripada cerita ini adalah bagaimanakah kita sekiranya MALAIKAT MAUT datang dan bertanyakan soalan yang serupa? Adakah kita bersedia utk berhijrah daripada dunia ini ke alam yang lain, iaitu ALAM AKHIRAT?? Tepuk dada,tnya iman.jgn Tanya aiman, nnt aiman kata “ aiman tak kisah”(hehe..selingan je).
Oleh itu, kita kenalah mempersiapkan diri kita dengan bekalan –bekalan yang secukupnya utk berhijrah dan bertemu dengan Allah s.w.t. apakah bekalan tersebut? Sudah tentu iman yang mantap ;) solat, puasa, zakat, haji..itu masih tidak menjamin kita ke syurga yang kekal abadi. “maka neraka ‘wil’ lah bagi mereka yang solat tetapi lalai” baru malam ini aku tahu apakah yang dimaksudkan dengan lalai dalam ayat tersebut. Lalai di sini bermaksud orang yang sering melengah-lengahkan solat dan riak dalam solatnya. Moga Allah jauhkan aku dari solat yang lalai itu.~ameen.
Banyak cerita2 di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dr mekah ke madinah yang dikupas semasa ceramah tadi.antaranya kisah di sebalik ayat “kul ya ayyuhalkaafiruun……” “utk aku agamaku dan utk kamu agamamu”….dan di sebalik hadis 40 yang pertama mengenai “ setiap amal perbuatan disertai dengan niat..”
Di akhir ceramah ustaz, ustaz memberikan 3 kesimpulan:
1. Kita hendaklah sentiasa ikhlas dlm setiap perbuatan kita
2. Jangan merasa diri kita perfect dengan amalan2 kita (bahkan merasa lebih dari orang lain)
3. Sama2 lah berusaha utk menjadi yang lebih baik hanya utk mencapai redha Allah..
insyaAllah…

