SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

11.3.11

:. ophtalmology posting .:

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. subhanallah..maha suci Allah atas setiap perkara yang berlaku.

exam.
berdebar-debar ingatkan minggu depan exam. insyaAllah yuni mesti kuat. aku mesti buat yang terbaik utk posting2 seterusnye. no remedial after ortho insyaAllah. Allah, Engkau saja yang maha tahu hati ini. lepas oftal, ORL then medical posting. 'O Allah plz guide me.i really need u.

pilihan.
setiap manusia diberi ujian membuat pilihan. Allah telah berikan aku banyak pilihan dalam hidup. jadi, aku lah yang perlu memilih dan harus terima akibat daripada pilihan aku. moga setiap pilihan yang aku buat dalam hidup ini adalah yang terbaik utk aku, utk agamaMU. Ya Allah, bimbinglah aku..

kunci pintu hati.
setiap pintu mempunyai kunci. begitu juga dengan pintu hati. cuma yang berbeza kunci pintu hati dengan kunci almari etc. adalah kunci pintu hati ada bersama Allah s.w.t. Allah berhak beri kunci pintu hati kepada sesiapa yang Dia kehendaki. terpulang kepada individu utk menggunakannya. Ya Allah, buka kanlah pintu hati ini utk aku sentiasa berada dalam rahmatMU. supaya aku tenang di jalanMU.

doa.
Allah berfirman, " berdoalah kepadaKU nescaya akan kuperkenankan kepadamu." insyaAllah. doa lah kepada Allah. moga Allah redha.
ameen..