bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..terima kasih Ya Allah, keranaMU hari ini aku masih bernafas dan mengecapi nikmat dariMU. alhamdulillah. moga hati ini sentiasa tenang dalam rahmatMU.
istighfar
astagghfirullahal'aziim..moga Allah mengampuni segala dosa2 aku yang telah lalu juga masa sekarang. semoga Allah ampuni dosa2 orang di sekelilingku yang aku sayangi.Ya Allah, ampuni kami, bersihkanlah hati2 kami. moga bersamanya datang ketenangan utk kami.
syukur
setiap musibah yang menimpa, setiap ujian yang Allah timpakan kepada kita hari ini adalah sebagai maghfirah atas dosa2 kita. alhamdulillah kerana Allah menguji kita.
" orang yang luar biasa adalah mereka yang merasakan setiap perkara yang berlaku atas mereka adalah baik utk mereka.bila mendapat rahmat, mereka bersyukur. bila mendapat musibah mereka berterima kasih." insyaAllah. izinkan aku menjadi orang luar biasa itu ya Allah. yang sentiasa tersenyum dalam suka atau duka. kerana aku yakin, Engkau sentiasa bersama2 aku, dalam suka dalam duka. sungguh, Engkau sentiasa dekat Ya Allah.Engkau tidak pernah tinggalkan kami tetapi kami lah yang selalu tinggalkan Engkau. ampuni kami ya Allah atas kesilapan kami.
muhasabah
qiamullail..solat di sepertiga malam, jarang sekali aku hidupkan.solat sunat dhuha, oh ya allah..betapa aku terleka dengan kesibukan duniawi langsung meninggalkan semuanya.mutabaah,solat berjemaah, istighfar,qur'an,maathurat.. astaghfirullahal'aziim. Ya Allah..macamana aku mengharap dan menginginkan cinta dariMU sedang diri ini terlalu jauh dariMU. Aku terlalu jauh meninggalkanMU. namun, aku bersyukur, kerana Engkau sentiasa di sisi aku. mengingatkan aku di saat aku terlupa. Ya Allah, tolong jangan pernah biarkan aku lalai dan terleka oleh dunia yang sementara ini. aku moohon Ya Allah..
bersihkan hati
insyaAllah malam ni akn pergi ceramah " hatiku milik siapa". sebelum pergi ke majlis ilmu, aku mohon agar dibersihkan hati ini dari segala kekotoran.kerana, " ilmu adalah cahaya dan hati ibarat cermin. cahaya tidak akn dapat menembusi cermin yang kotor.begitulah ilmu tidak akan menembusi hati2 yang kotor, penuh dengan maksiat."
semoga Allah redha. ameen.. terima kasih Ya Allah ;)
Hiburan Untuk Mereka yang Kehilangan Pasangan
3 months ago

