SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

9.5.11

:. hari ibu 2011.:

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana terus-terusan memberikan aku nikmat hidup di dunia ini, nikmat iman n islam..

da lame xtulis kat blog ni. setiap hari aku cuba untuk curi sedikit masa utk post something kat blog, tapi...xberjaya. dan alhamdulillah, hari ini Kau izinkan aku mencoret sesuatu di sini. terima kasih Ya Allah atas nikmat kelapangan ini jugak ;)

semalam hari ibu..tapi aku sempat wish tepat jam 10:35 minit malam tadi.sedih sbb xdapat wish awal2 tapi, alhamdulillah..sempat jugak utk wish malam td after on call.

aku: ma, selamat hari ibu!!
ma: ( terdiam..)
aku: ma? hari ni hari ibu...;( ( sedikit keciwa sbb xde respon)
ma: ma tau..adik doa la ko ma. biar panjang umur, murah rezeki, tetap iman...
( masa ni memang aku rasa nak nangis,, sangat terharu.ma, jangan nangis..aku xsuka tgk ma nangis even nangis sbb terharu..)
aku: ma, ma kan sokmo doakan adik. adik pun mesti la sokmo doa kat ma..
( suara tertahan2 sebab sebak sangat)
aku: ma, ok la deh. adik nk smaye jap. kem salam semua
ma: ok. assalamualaikum
aku: wsalam.




Ya Allah, Kau ampuni lah dosa kedua ibubapaku, dosa2 ku, dosa guru2ku, rakan2 ku serta kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup atau yg telah pergi meninggalkan kami. ampunilah dosa2 kami dan jangan lah kau jadikan dosa2 kami sebagai penghalang kepada kejayaan kami, samada di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah, ibuku merupakan hadiah yg paling berharga yg telah Engkau berikan padaku. Aku berdoa kepadaMU agar sejahtera kan lah hidupnya. kasihanilah ibuku Ya Allah. dia telah banyak berjasa, mendidik dan membesarkan kami anak-anaknya. Ya Allah,panjang kanlah umurnya, murahkanlah rezekinya serta permudahkanlah segala urusannya. Ya Allah, tetapkanlah iman2 kami, supaya kami sentiasa berada di jalan redhaMU.. Ya Allah, jika Engkau berkehendakkan mati, maka matikanlah kami ini dalam agamaMu( husnulkhatimah ). hanya padaMu aku serahkan segalanya Ya Allah. sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar lagi Maha penyayang. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik2 penolong. amin, amin Ya Rabbal'alamin.

so..sob..sniff..tissue please.............aku sayang maa!!!!!!!!!selamanya..
Posted by nor ayuni zakaria