SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

28.6.11

:. remedial ortho .:

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..saat akhir di tahun 4 medic, aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku apa yang terbaik buat diriku. aku sangat bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana terpilih utk remedial ortho..

sebab apa??
sebab aku banyak belajar dan aku rasa remedial merupakan antara saat2 yang indah selama berada di pengajian. remedial banyak mengajar aku erti sebuah pengorbanan, juga ketabahan. aku kena tabah, harus kuat hadapi hari2 di sini. ini peluang terakhir utk aku buktikan! insyaAllah, akan aku teruskan di tahun 5 nanti. bersediakah aku? Ya Tuhan, semoga Engkau sentiasa melindungi dan merahmati aku dan sahabat2 seperjuangan.insyaAllah.

remedial ortho..
bile terpikir balik, semua jenis perasaan terbit dari hati. ada rasa suka, duka, sedih, happy giler, takut, panic..membuatkan aku tersenyum sendiri.banyak betul kenangan suka duka berada di jabatan ortopaedic sepanjang sebulan remedial kat sini. especially bile terpilih sebagai team HAND.. sangat menarik ;)

tulisan khat..


ini merupakan hadiah dari salah sorang patient kami di ward 4s. syukran ustaz!! =)

p/s: semoga terus tabah menghadapi hari2 dan bersedia utk tahun 5.. future doctor to be?!! ooh..akhirnye..insyaAllah..