SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

5.12.09

:. DOA .:


bismillahirrahmanirrahiim..
td aku sempat membaca buku Dialog Dengan Allah kt surau sementara tunggu azan isyak.dan aku terjumpa satu hadis yg menceritakan doa yg selalu Rasulullah s.a.w baca mase sujud solat tahajud. dan..aku selalu gak duk hafal doa ni.seblom ni ade ustaz yg ajar ktorg bace doa ni stiap kali g berjalan ke surau..alhamdulillah..senang utk terus istiqamah bace.boleh diaplikasikan..insyaAllah..

"Ya Allah jadikan di dalam hati cahaya dan cahaya dr lisanku,cahaya dr pendengaran,cahaya dr penglihatan, cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya dari depanku, cahaya dari belakangku, dan cahaya dari dalam jiwaku.dan jadikan cahaya teragung buat diri ini.."

amiin..