SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

25.12.09

:. itulah kehidupan! .:



bismillahirrohmanirrohiim..
alhamdulillah,setinggi-tinggi pujian buat Yang Maha Esa memberikan sedikit ruang buat diri ini pd waktu ini.sebenarnya sejak dr semalam aku tringin mencoretkan sesuatu di sini kerana dirasakan bende ni sgt penting buat aku..

semalam,alhamdulillah aku berjaya jgak jumpe Dr Saiful Bahri,jbtn perubatan and interview him sdikit sbyk.and apa yg memranjatkan aku ialah,beliau mengatakan cita2 sebenar beliau bukan lah utk menjadi seorang doktor,malah utk menjdi guru matematik. Aku kagum pd beliau kerana 'enjoy' dgn kerjanya sekarang walaupun dulunya merupakan paksaan keluarga.Beliau sentiasa kelihatan tersenyum seolah2 tiada kesukaran semasa kerjanya. dan itulah yg beliau katakan..sungguh aku kagum!sempat die berpesan,

"nasihat adalah anda perlu lakukan sesuatu perkara yg anda minat.jika tidak minat,cuba timbulkan rasa minat kerana kita akn gembira dalam apa jua bidang yg kita ceburi."insyaAllah..

aku akn ingt kata2 Dr itu.ia seakan-akan memberi satu harapan baru pd aku. Ya!aku juga mesti menjd seperti beliau!

then,situasi yg sama sempat aku bc pd entry saifulislam yg bertajuk"Jadilah Manusia Hebat"..ini antara petikan yg aku copy and paste..sangat bermakna!

“Maksud ustaz, kalau kamu nak jadi doktor, dan perjalanan kamu menjadi doktor itu lancar tanpa cabaran, kamu hanya akan jadi doktor biasa. Kalau kamu nak jadi ahli perniagaan dan perjalanan kamu untuk mencapai cita-cita itu smooth tanpa halangan, kamu hanya akan menjadi ahli perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kesabaran kamu menempuh dunia yang realitinya seperti ini, akan menjadikan kamu seorang yang lebih sabar dan bersyukur satu hari nanti” saya meneruskan celoteh.

“Realiti macam mana tu, ustaz?” tanya pelajar tadi.

“Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya,” saya menjawab.






“There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!”

~"Ya Allah,kuatkan semangat aku.Jadikan aku manusia hebat itu.Moga aku sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanMu.amiin."