SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

1.12.09

:. kepincangan .:



bismillahirrohmanirrohiim..
skali lagi aku tdk dapat menahan rasa ini.rasa sedih menerpa tatkala menatap akhbar utusan sejak akhir2 ini,sering memaparkan kisah Menteri Besar Kelantan/Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. sedih aku bila pelbagai fitnah,tuduhan dan tohmahan dilemparkan pd beliau.kenapa mesti jd begini?"Nik Aziz perlu letak jawatan", "Doa Nik Aziz menngelirukan org bukan Islam", " biarlah Mursyidul Am PAS itu sedar diri."..pelabagai topik n tajuk yg menggusarkan terpampang di dada akhbar hari ini. semua ini menyebabkan otak aku serabut,terus hilang mood aku utk membaca tajuk2 berita setrusnya.astaghfirullahal'aziim.

`~semoga Tuk Guru tabah menghadapinya.hanya doa sahaja yg dapat aku iringkan. Allah maha tahu..