SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

14.10.10

:. anugerah dariNYA .:

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah, syukur pdNya masih lagi kurniakan aku 2 nikmat terbesar iman dan islam insyaAllah..moga Allah memberkati dan merahmati.ameen

sujud syukur xhenti2 buatMU ya Rabb.. hari ini, keputusan end of posting exam baru sahaja keluar dan alhamdulillah, aku lulus. terasa syukur atas segala nikmat kurniaan dariNya. DIA tanpa putus2 mengurniakan aku nikmat yang xterjangka olehku. aku makin merasakan DIA amat menyayangi diri ini. moga aku tidak terus lalai dan leka dengan nikmat ini ya Rabb..izinkan aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanMU. benarlah janji2 MU.." barangsiapa yang bersyukur atas nikmat2 KU, akan aku tambahkan nikmatKU pdnya.." Ya Allah, jadikan aku golongan orang2 yg sentiasa bersyukur itu ya Allah.. izinkan aku meraih nikmat dariMU. demi mencapai redhaMU..izinkan aku Ya Allah...