SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

2.10.10

:. rindu .:

Bismillahirrahmanirrahimm..alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ilahi kerana sekali lagi memberikan aku peluang serta keizinan utk aku mencoretkan sesuatu di sini,perkara yg aku minat sejak dulu. Moga Allah terus memberikan aku nikmat ini. Dan terutama sekali 2 nikmat terbesar iman dan islam, moga hatiku terus terpaut pdMu ya Rabb. Syukurku hanya pdMU..insyaAllah.

Minggu depan merupakan minggu ke-5 aku berada dalam posting o&g . terasa semakin bersemangat utk belajar mengingatkan exam juga semakin hampir. Tinggal seminggu sahaja utk aku betul2 memanfaatkan waktu yg ada dan utk aku meng’absorb’ segala-galanya dalam posting ini. Terasa semakin sayang walaupun banyak kenangan pahit di sini. Pengalaman 1st on call yg xmungkin dilupakan, pengalaman hari2 kena marah, pengalaman kena sindir ngn doctor, crita2 bersama senior etc. mengingatkan semua ni, aku tersenyum sendirian. Semua pengalaman inilah yg menjadikan aku kuat dan tabah menghadapi ujian hidup. Terima kasih pd semuanya. Ya! Sepatutnya aku bersyukur dan berterima kasih atas setiap apa yang berlaku. Bukan semua orang mendapat pengalaman2 seperti ini. Aku mesti kuat!

Semalam aku balik ngn m.min. walaupun sekejap, namun aku terasa sangat puas bertemu ma.. hilang segala kepahitan yg menguasai jiwa. Melihat wajahnya membuatkan aku tenang, setenang wajahnya. Ma..doakan adik Berjaya di dunia jua di akhirat sana..moga adik tabah menghadapi liku2 kehidupan. Moga adik menjadi insan yg sentiasa bersyukur atas nikmatNyA..


Ya Allah..izinkan aku melepasi segala dugaan kehidupan dengan jaya..insyaAllah..hanya dengan izin dariMU ya Allah..kuatkan aku..sesungguhnya kekuatan itu hanya datang dariMu..