SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

12.10.10

:. end of O&G posting .:

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..syukur pdNya dikurniakan 2 nikmat terbesar iman dan islam yg selama ini menjadi tunggak kehidupan aku. syukur juga memberikan aku ruang utk terus bernafas menghirup segar udara pemberian percuma dariNya. syukur memberikan aku sekali lagi peluang mencoretkan sesuatu di blog ini dengan izinNya..insyaAllah..
hari ini kurasakan terlepas satu lagi beban di bahu. exam end of posting baru sahaja selesai petang td.long case. n guess what?? alhamdulillah i got my own patient and she is very cooperative..thnx pd kak Zuhaidah. i'll never forget her. insyaAllah. lepas selesai exam td..sempat die ckp "akak nervous la..bile result kuar eh?" terkejut jugak bile die pulak yg nervous..huhu. apa pun, alhamdulillah selesai sudah ujian utk aku. kawan2 yg lain sedang bertungkus lumus membuat persiapan utk hari esok. ramai jgak yg exam esok..moga Allah permudahkan..ameen..

sedih pulak nak tinggalkan posting o&g sebab banyak sangat kenangan pahit dan manis di sini. apapun,life must go on! next week posting paeds pulak..hope everything s just fine;) moga Allah merahmati.