
Alhamdulillah..
malam tadi aku sekali lagi diberi kesemptan utk menghadiri satu majlis ilmu di surau murni. Namun aku agak rasa sedikit terkilan krn makanan utk sahabat2ku tidak mencukupi utk program semalam. Mungkin xexpect seramai tu?? Ntah ler.mungkin Allah ingin menguji..bile dah settle sume keje kat dapur,Alhamdulillah sempat aku turut serta dlm program tu(walaupun xsepenuhnya), duduk bersama2 sahabat yg lain meneguk sedikit ilmu drpd ustaz jemputan(lupe lak nama).
Satu kisah yg aku dapat daripada cerita yg ustaz sampaikan mengenai anak kepada seorang khalifah iaitu Umar ibnu Aziz. Suatu ketika,di pagi raya,si anak melihat ayahnya menangis sambil matanya melihat kearah sekumpulan anak2 yg bermain serta bergembira di hadapannya. lalu dia bertanya kpd sang ayah “kenapa engkau menangis wahai ayahku. Bukankah hari ini sepatutnya kita semua bergembira menyambut hari raya?” umar abdul aziz menjawab “aku menangis kerana rasa bersalah terhadapmu anakku. Aku tdk membelikan kamu baju baru utk menyambut hari raya,sedangkan aku merupakan seorang khalifah. Aku berasa sangat bersalah pdmu.”
Lalu sang anak menjawab “usahlah kamu merasa begitu duhai ayahku. Malahan aku sangat bergembira kerana beroleh rahmat pd hari ini. Aku sempat dtg utk solat sunat hari raya pd hari ini. Alhamdulillah. Aku sudah sangat bersyukur ayahku.”
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)
Hadis ini menunjukkan peri pentingnya solat sunat hari raya aidilfitri.
Oooooo..baru kutahu…selame ni aku jarang g solat sunat hari raya..dengan alasan nk kemas umah ,prepare ape yg patut.jaga ank2 buah kt umah.ishk3x..xpatut2.
"BETULKAN YG BIASA DAN BIASAKAN YG BETUL!"

