SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

5.8.09

:. wasiat sayidina Umar Al Khattab .:

bismillahirrahmanirrahiim..
alhamdulillah..syukur, pd hari ini masih diberi kekuatan menghirup udara segar pemberian percuma oleh Allah s.w.t.

minggu lepas aku beli 2 cd ceramah oleh 2 ustaz budak(kelantan)(wasiat sayidian umar n kepentingan menuntut ilmu).cd ustaz budak sangat famous sekarang...kt mane2 leh jumpe..kt jaafar rawas ke mane2 lah..tp yg aku beli ni kt mall je..hurm..

task yg aku dpt minggu ni psl sirah sahabat nabi.so,selesai je dengar ceramah dr ustaz budak (besut),aku trus menulis isi pentingnya.lalu terhasillah.."wasiat sayidina Umar" ini.heheh. moga jadi panduan..cerita yg mengisahkan macamana kisah sayidina umar sebelum beliau meningal dunia.

Pada malam jumaat ,Sayidina Umar bermimpi dipatuk 3 kali oleh ayam yg sangat besar(ayam belanda) Lalu, Sayidina Umar berjumpa dengan orang yang pandai mentakwilkan mimpi iaitu Umaiyz. Umaiyz berkata,”wahai Amirulmukminin, jika benarlah kamu bermimpi dipatuk 3kali,maka kamu akn meninggal dalam masa terdekat dengan tikaman sebanyak 3 kali.”
Esoknya, hari jumaat,Sayidina Umar menyampaikan khutbah. Sampai kepada ayat mengenai kematian, “datangnye mati kpd kamu,maka itulah janji Allah kpd kamu.” beliau menangis sehingga tidak dapat meneruskan khutbah. Lalu, sahabat bertanya kenapa?
Beliau menjawab, “sesungguhnya semalam aku bermimpi dipatuk oleh seekor ayam yg sangat besar sebyk 3 kali,lalu aku bertanya Umaiyz apakah mksud mimpi tersebut.Umaiyz berkata bahawa aku akan mati ditikam sebyk 3 kali..wahai sahabatku,jika ditakdirkan aku mati kelak,ingtlah! bertaqwalah n takutlah kamu kpd Allah..” begitulah pesan seorang sahabat nabi kepada sahabatnya.
Keesokan pagi, hari sabtu, Sayidina Umar mengimami solat subuh. Beliau membaca surah Yusof, yang menceritakan kisah Nabi Yaakub teringat kt nabi Yusuf, menangis sampai matanya ade selaput putih. lalu,sayidina Umar menangis sehingga tidak dapat meneruskan bacaan. Para makmum juga turut sama menangis. Bayangkan, khalifah yg paling garang itu merendahkan diri menangis di hadapan Allah s.w.t. lalu, sayidina Umar terus rukuk meneruskan solat. Pada waktu itu,datang Abu Lu’ LU’ah (diupah) menikam sayidina Umar sebanyak 3 kali. Lalu,sayidina Umar jatuh tersungkur mencium bumi. Lalu, sahabat semuanye mengusung sayidina Umar dan membawanya ke rumah.
Ibnu Abbas masuk ke dalam rumahnya n berkata “wahai amirulmukminin…” lalu sayidina umar berkata “ jangan panggil aku amirulmukminin lagi kerana aku bukan ketua kamu sekarang.aku akan meninggalkan dunia ini utk bertemu Tuhanku.aku amat gembira /puas hati hari ini kerana sempat berjumpa dengan sayidina abu bakar dan kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w.dan kalau aku mati,jgn sesekali kalian mengambil anakku sbg pengganti aku sbg khalifah setelah kewafatan aku nanti. Beliau menyatakan dengan sangat tegas! Kalau ade yg cadang/sokong, pancung kepala mereka!”
Lihat betapa sayidina Umar tdk mengamalkan system kroni dalam pentadbiran dan menunjukkan bahawa beliau seorang yg sangat adil.

**mulianya peribadi Rasulullah n para sahabat..