
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.,
para sahabat sahabiah, muslimin muslimat yg masih hidup atau yg telah pergi.
syukur sangat pd hari ni (walupun agak terkilan kerana xdpat balik umah ujung minggu ni),tp Allah menghantar aku menghadiri satu majlis ilmu yg sangat aku impikan ini.iaitu bengkel huffaz..ini harapan dan impian aku sejak sekian lama.aku ingin menjadi seorang hafizah,tp memandang kan tiada guru n tdk tahu sgt teknik menghafaz,so aku xdpt nak truskan.boleh kah aku meneruskan impian ini??
kate ustaz from maahad tahfiz sains tanah merah td, menghafal alQuran merupakan satu mujahadah.ia sangat susah dan memerlukan satu usaha yg berterusan dan hendaklah beristiqamah.
ceramah 1: ustaz wan abubakar bin wan husin
tajuk : aplikasi tajwid dlm hafazan al QUr'an.
isi ceramah :
- ilmu tajwid- mempelajari ilmu tajwid fardu kifayah manakala membaca al Quran secara bertajwid adalah fardu ain bg stiap muslimin muslimat mukallaf.jd,secara tdk langsung mempelajari ilmu tajwid jg mnjd satu perkara yg wajib.
-aplikasinya sama shj ngan wuduk sblm solat fardhu.
-berwudhuk merupakan satu amalan sunat,ttp ia akn menjadi wajib atau fardhu 'ain sekiranya kite ingin melakukan solat fardhu.
istilah2 penting dalam AlQuran
1. saktah(menghentikan bacaan tanpa nafas.)- tanda siin kecil.
-terdapat 4bacaan saktah dalam Al quran:
**surah Al kahfi ayat 1-2
**surah Yaasin ayat 52
**surah Al QIyaamah ayat 27
**surah al muthaffifin ayat 14
2. isymam(isyarat memuncungkan mulut)tanpa suara.
-terdpt satu tmpat bacaan dlm al qur'an:
** surah yusof ayat 11
3. imalah (bunyi sebutan antara bunyi fathah/baris atas,dkt dengan bunyi kasrah/baris bawah,n antara huruf alif dekat ngn huruf ya.
-terdpt satu tmpt dlm al qur'an.
**surah hud ayat 41.
4. tashil(sebutan di antara huruf hamzah dan alif.)
-satu tmpt bacaan dlm alQur'an
**surah fussilat ayat 44.
p/s: insyaAllah bersambung utk ceramah 2..

