SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

3.8.09

:. bengkel huffaz(2) .:




alhamdulillah..hari ni agak relax. xseperti semalam..syukur yg terhingga buatMu ya Allah..

ceramah 2: panduan menghafaz dan murajaah alQur'an secara sistematik.
penceramah.: Ustaz Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman.
isi ceramah :

niat itu penting dalam melakukan setiap perkara.
ikhlaskan niat + Amal = Redha Allah.
" mulia kite kerana Islam, puncak keimanan adalah keikhlasan kpd Allah s.w.t. "

definisi menghafaz alQur'an =
dr segi bahasa:mengingati sesuatu secara jelas sehingga mampu mengulanginya tanpa melihat teks.
dr segi istilah:3unsur penting
1. mengingati keseluruhan 30 juzuk alqur'an
2. ingatan yg bak sehingga mampu membaca utk orang lain.
3. ingatan atau hafalan yg konsisten tidak terjejas oleh kealpaan.

faedah menghafaz alQr'an
1. mendapat kebahagiaan hidup dan berjaya dunia n akhirat.
2. memantapkan ingatan n minda
3. mempunyai ilmu yg luas
4. jiwanya tenang n berakhlak mulia.
5. petah bercakap n pandai bertutur dengan lancar.

4 peringkat sistem tahfiz alQur'an.
* talaqqi&musyafahah-proses mendengar n menerima bacaan guru.(talaqqi)dan proses membaca di hadapan guru n dibaiki bacaan oleh guru.(musyafahah).
*hafaz -
*tasmi' - di hadapan guru tahfiz.
*murajaah hafazan baru.-diulang sebanyak 10kali setiap hari.
*murajaah hafazan lama

faktor yg mempengaruhi hafazan:
*masa menghafaz.-sebelum subuh,selepas subuh,selepas asar,selepas maghrib.
*tempat menghafaz - MASJID,TEMPAT YG TENANG.
*mushaf yg sesuai.- rasm ustmani,bersaiz besar.kulit tebal.

syarat wajib meghafaz :
bacaan yg sahih,
hafazan yg lancar,
segera murajaah.

persediaan sebelum menghafaz :
ikhlaskan diri,
hindari sifat riak n sifat mazmumah,bersemangat n kesungguhan tinggi,
memilih tempat yg sesuai n bersih,
tempoh mase yg mencukupi,
bersih tubuh badan n memakai wangian,
tenang jiwa n fokus minda(jauhi kesibukan)

insyaAllah.selepas ni akan ade bagaimana proses menghafaz pula..~