SANTAPAN ROHANI MAKANAN JIWA

Renunglah kata2 ini , moga2 madah ini dapat menyedarkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."


3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

14.1.11

:. muhasabah .:

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. baru balik dari talk sempena hari untukmu wanita. Tajuk: modern vs.jahiliyah.
Terima kasih buat ahli2 panel yang saya rasa cukup berdedikasi dengan penyampaian yang jelas dan terkesan di hati. Ustaz Dr. Abd Basit, Dr. dental(lupe plak nama Dr.) dan kak long zahirah. Xlupe adik yang mempengerusikan talk mlm ni, sangat bagus. Alhamdulillah..

Apa yang dapat saya simpulkan daripada talk tadi ialah xkira di mana kita berada, apa yang sedang kita buat, di zaman apakah kita, tanya diri kita sendiri. Apakah kita sama dengan umat jahiliyah sebelum kedatangan Islam dulu? Bak kata Dr. semuanya bermula dari dalam diri kita. Xperlu tuding jari pada orang lain. Tepuk dada, Tanya IMAN. Apa yang ada di dalam hati kita, itulah yang terpancar dari segi zahirnya. Tiada lagi istilah “ aku Nampak je mcm ni, tapi dalam (hati) aku baik..” (ayat ini sangat famous!).



Teringat kisah yang diceritakan kak long sebentar tadi. Mengenai seorang ulama yang pergi ke Mesir. Walaupun dengan perubahan masa yang berlaku( jet lag), beliau tetap tidak lupa untuk meneruskan rutin di Malaysia iaitu QIAM! Seseorang bertanya, “bagaimana kamu boleh istiqamah melakukan qiam walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi waktu di Mesir ini jika nak dibanding dengan Malaysia?” dan jawapan orang alim tersebut, “bila hati sudah terpaut dengan cinta Ilahi,aku akan lakukan apa sahaja untuk KEKASIH hati ku. Dan aku tahu ALLAH juga menyayangi aku.dan setiap kali, aku tidak lupa setiap temujanji aku denganNYA(iaitu untuk bertemu denganNYA)”

subhanallah. bilakah agaknya sampai masa untuk aku merasakan nikmat sebegitu Ya Tuhan. Aku ini hambaMU yang sangat hina.. Ya Allah, aku mengharapkan rahmat dan nikmatMU itu..ameen.