Alhamdulillah..hari ini masih diberi kesempatan utk menikmati 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam..terima kasih Ya Allah. Syukur ku panjatkan hanya pdMU. “ barangsiapa yang bersyukur akan nikmat yang AKU berikan nescaya akan Aku tambah lagi nikmatKU pdnya.” Teringat aku pada maksud sepotong ayat MU ini Ya Allah. Jadikan aku golongan yang sentiasa bersyukur itu Ya Allah. Jangan pernah Engkau biarkan aku sendiri..
Selang masa yang ada ini( selepas exam end posting), banyak yang aku fikirkan. Aku sangat bersyukur pdNYA kerana inilah masa yang aku ada utk aku terus bermuhasah dan berfikir. Dan Alhamdulillah aku rasakan hujung minggu aku tidak sia-sia walaupun aku tidak pulang ke rumah. Mungkin ini antara hikmah dariNYA. Selama ini, hari-hari ku diisi dengan perkara2 akademik, langsung aku tiada masa utk berfikir tentangMU. Mungkin aku yang menyibukkan diri tanpa aku sengaja. Ya Allah, ampuni aku.. setiap hujung2 minggu aku selalunya di rumah. Dan seperti biasa tika di rumah, sibuk dengan hal2 di rumah, tiada sempat aku berfikir tentangMU. Daifnya aku ya Tuhan.. Ampuni aku..
Alhamdulillah, pd mlm ini, aku terasa ingin mencoretkan sesuatu di sini. Hanya di sinilah tempat aku meluahkan segala yang terbuku. Paling tidak,inilah tempat aku merasakan dan melepaskan rindu pdMU. Banyak pengisian-pengisisan yang aku dapat di sini. Samada ceramah2 online ataupun yang tersimpan d di dlm netbook ini. “less talk, think more!” itu yang aku pegang sekarang. Semoga dengan banyak berfikir tentangMU, makin mendekatkan diri ini pdMU. Aku yakin dengan MU Ya Allah. Tolonglah aku menghadapi hari-hariku. Jangan pernah Engkau biarkan aku menjauh dariMU.
Daripada detik dan saat ini, izinkan hambaMU ini mendekat dengnaMU. Izinkan hamba ini menyintaiMU, izinkan aku merinduiMu..sepertimana suatu ketika dahulu. Indahnya hidup bersamaMU Tuhan.. izinkan hamba MU ini…

Aku rindu padaMu Tuhan, yang menghidupkan dan mematikan.
Aku rindu pdMU Tuhan, yang tiada zat lain dapat menandingiMu.
Sungguh aku rindu hidup denganMU
Sungguh aku rindu hidup dalam redhaMU
Sungguh aku rindu..padaMU Ya Allah..
“ Ya Allah, jangan lah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami. Bimbinglah kami ke jalanMU, ke jalan yang Engkau redhai. Dan masukkan lah kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur.” Amen..

