alhamdulillah..syukur pdNya kerna pd hari ini masih lagi bernafas dan dpt menikmati 2 nikmat terbesar iman dan islam.
akhirnya, aku dpt peluang utk menaip hari ni!! baru semalam selesai menduduki exam end of surgery posting !alhamdulillah..selesai sudah satu lagi major posting..betul2 menguji kesabaran.
selesai exam, aku telepon k.jey, kate k.jey, "rumah dah banjir. kitorang duk kat umah kak.umah kak pun dah ade air sikit2 ni. sekolah bukit puteri da tutup.k.jey pun xngajar.." aduhai..kesiann sungguh. insyaAllah minggu depan aku balik. tolong2 ape yg patut. minggu ni insyaAllah plannye nk imarahkan majlis2 ilmu yg diadakan sempena minggu penghayatan islam pd kali ini. insyaAllah.
malam td xsempat melihat persembahan nasyid di dewan nurani sebab terpaksa menyelesaikan satu masalah..(family matter..)thnx to my roomate coz always being my side, in my happy or even tough time. memikirkan masalah ni, buat aku terfikir, "setiap manusia Allah cipta ada sebabnya. setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah dengan izinNya. Dia tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia." itu aku pasti! oleh sebab itu, aku bersyukur pd Allah kerana menyediakan masalah ini utk aku rungkaikan dan selesaikan, moga ia akan menjadikan aku lebih berfikir dan kuat menghadapi segala macam dugaan dariNya.

" dengan sedikit masalah yang menimpa ini,
insyaAllah akan lebih mendekatkan diri2 kami kepadaMU ya Rabb..
izinkan kami kembali padaMu..
aku takut kiranya dengan sedikit masalah ini
makin menjauhkan diri kami daripadaMu.
aku yakin, Engkau tidak akn pernah menjauh dari kami.
Engkau sentiasa dekat.
Ujian yang Engkau berikan pada kami adalah tarbiyyah dariMU.
daripada Engkau datang segala masalah
dan kepada Engkaulah kami mengembalikan segala masalah ini.
Ya Allah, tolong lah kami.
Aku mohon...hanya pdMu.
mungkin ujian ini adalah akibat daripada dosa2 kami terhadapMu,
dosa kami mengabaikan Mu..
Ya Allah, ampuni kami..dan
terima kasih kerana menyayangi kami.."

